Selasa, 9 Ogos 2011

Nasi Basi

orang kata kalau nasi basi memang dah tak boleh makan, kalau makan pun memang xbestkan... Gila apa nak makan nasi basi... tapi kalau tak makan, tak baik buang... Allah s.w.t marah sebab membazir.. seolah2 kita tak tahu bersyukur... ramai lagi orang yang kebuluran tak cukup makanan tapi kenapa kita nak buang je...
habis tu takkan, nak makan nasi basi...
sape suruh ko, masak banyak2...
TAMAK.....
adoi....
apa kata ko, bagi je kat ayam makan...
nati ayam sakit perut, sian ayam....
suka hati ko la....
xpayah gaduh2 pasal nasi basi, lain kali masak mengikut sukatan .....
Jom layan lagu kat bawah ni, daripada layan nasi basi yang tak best dan tak enak untuk di makan....

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


memang sedih dengar lagu ni, time nak balik kampung, sambil2 makan roti dengan jem.. pusing sana, pusing sini.... duk dalam keta mcm ayam nak bertelur...Ayam lagi... nasib ko la ayam... Memang best makan ko ayam, nak nak time puasa ni, teringat nak makan ko je ayam......

best korang layan lagu sudirman
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
... i bukan nak citer pasal balik raya atau nasi basi.... Tapi nak citer pasal, cerita yang dah basi, balik kampung masa nak sambut ramadhan awal bulan baru ni....perghhhh memang bestla balik... bukan sebab balik boleh makan nasi basi tapi, memang bestla.... semua adik beradik balik, nak nak plak ada orang baru dalam keluarga i....

Lepas kerja hari jumaat, terus ke pejabat pos... make sure barang customer di pos sebelum balik kg... Sampai rumah terus je, kemas barang.... mak aiiii nak balik kg 3 hari, isi baju mcm 2minggu nak bertapak kat kampung.... hehehehe... 1 beg kat rumah ma, 1 beg lagi kat rumah mertua, malas nak usung sana sini beg, walaupun dekat....

9.00 malam bertolak... badan dah memang penat gila... kami balik berempat... kawan hubby dengan wife dia... jeles tengok wife dia, tidur lentok je, aku plak terkebil2 mata macam orang mambuk nasi basi. hhuhu... singgah isi minyak, hubby solat jap...mmg xsabar nak sampai kg.... kami banyak kali berhenti sbb hubby dgn kawan, bakar duit ... maklumla masing2 penat balik kerja terus bertolak, kalau bakar duit sure ngatuk hilang.... kul 4 pagi sampai kuala Krai... Alangkah bestnyer kalau dpt balik terus ... tp kena terus perjalanan ke bachok, hantar kwn hubby... penat mak aiii, susah nak terjemah dengan kata2, mmg tak terkata... kul5.30 ma call, tanya kat mane.. awalnyer ma call, mesti xtidur sbb anak2 dlm perjalanan, risau... Acu dr Melaka naik bas ke terengganu - kelantan naik kereta dengan Pak we dia.... Pak lang & mak lang ( org baru ) dr Johor naik keretapi... Kul 6.30 sampai rumah....Semua orang dah bangun, cuma si abg n baby je belum bangun tak moh sambut mak ngah n pak ngah ... sedih laweiiii...

sabtu : -
Balik rumah mak mertua jap.. jalan kaki 5 minit je, kereta parking kat rumah ma je la.. alahai dia dh tak de, dah kuar pergi mengajar...sempat jumpe kak ipar dgn anak buah hubby je... balik rumah ma semula.... kuar dengan ma, kak ipar i dan ank buah pergi beli juadah sarapan pagi... sudah semestinyer nasi kerabu dan nasi berlauk... beli utk famly hubby skali... mcm ni gamaknyer, kalau rumah dekat dgn mertua ..hehehehhe... tengah2 duk sarapan, Acu sampai dengan pak cu (pak we).... riuh minah ni, kalau dia ada... Ma, abah n abg bsiap nak kuar bandar jemput dan sambut pak lang & mak lang....
tengahhari ....
berkumpul rumah Ummi ( nek mi )..memang dah jd kewajipan walaupun tak wajib mengikut hukum.. hari jumaat or sabtu, kami akan berkumpul ramai2 rumah Ummi... berkelah ramai2.... adoiiii, xde plak pic... kali ni, tak cukup forum, cik ngah n adik ( suami ) tak de, xjoint.. adik????? yang suami cik ngah i panggil adik sbb dia kecik hehehehe....Lepas makan semua kebaboooooooooo ZZzzZZZZzzzzzZZZZzzzzz....
petang...
aktiviti bakar jagung...mula2 nak bakar kambing.. tuan punya kambing tak de...kalaula dapat bakar kambing macam hari tu, memang tidur tak bangun2.... dah la, tak tidur lagi sejak sampai dari KL... kepala dah nak biul... Sambil2 duk bakar ayam, abg plan nk mancing ikan ka Tok Bali.... Kejap jadi, kejap tak jadi.... Last2 jadi... i plak pening sbab malam ni turn rumah mertua, dah janji nak makan malam kat sana... i dah serba salah, hubby plak selamba, jomla....hahahaha...i apa lg jalan je la.... lepas magrib akan bertolak...





ang nak tiru, xpandai

ni plak kanak2 riang, terlampau aktif...sepupu ku tersayang...

malam...
bertolak dari rumah pukul8 malam..... 3 buah kereta pergi...











episod akan ini akan bersambung..

Ahad, 7 Ogos 2011

Apa nak jadi...MERCUN!!!!!! MERCUN !!!!!

Assalamualaikum...

Selamat malam korang.... mcm mane dengan puasa, harap2 puasa korang tahun ni lebih bermakna dari puasa tahun2 lepas...

Sekarang mood geram, sakit hati, bernanah dalam hati, perasaan macam nak kuar rumah nak pergi tumbuk je kat muka, tak faham bahasa, tak de otak, tak waras, kalau aku tumbuk mesti pecah muka ko..... poyo je, macamla berani nak kuar tumbuk muka budak2 tu, belum sempat aku nak tumbuk muko diorang, mercun dah kat depan muka aku, tak ke nanye aku...

Kalau mak ayah ko tahu, mesti diorang marah kat ko, ni mesti mak ayah ko tak tahu kan...

Korang nak tahu kenapa MOOD, i tak stabil???? Apa lagi, geram dengan budak2 tepi, depan dan belakang rumah i ni... Orang duk sibuk sembahyang terawih, dia duk sibuk dang doom, dang doom, duk main MERCUN..

Walaupun dah ada orang yang putus jari ekorang main MERCUN, diorang tak endah pun semua tu, tak ambil iktibar langsung... Dah la tak pergi terawih satu hal, pastu pulak duk main mercun time orang solat terawih... Betol2 tak fahamla.....

I dah rasa cam duk dlm negara yg tengah b'perang pun ada gak..Belum kena lagi main la sampai puas ..Esok2 dah tak de tangan,barula ko nak insaf... Menangis keluar air mata darah sekali pun dah tak guna...



KOTA BHARU: Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.


NASRUDIN yang cedera tangan kiri akibat terkena mercun dirawat di HRPZ II, Kota Bharu semalam. | foto Kosmo!
Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.

Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.

"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.

"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.

Kredit by Warkah Daily

Jumaat, 5 Ogos 2011

Contest

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua, hari ni kita puasa hari yang ke - 6 kan, esok genap seminggu cepat je kan masa berlalu... Lagi cepat, lagi best sebab i dah xsabar nak balik kg, beraya bersama famly.... Hari ni datang kerja dengan tak bermaya, tak tidur dari semalam.... Malam tadi, kawan sekolah datang tidur dan lepak2 kat rumah.... Happy gila....

Ok, ok kita patah balik pada tajuk asal iaitu " Contest " anjuran dari Shop I iaitu Dress Chantek
.... Contest ini masih dalam perancangan, perbincangan dengan share partner... Kami belum dapat kata putus dari kedua2 belah pihak utk tajuk CONTEST yang Shop i akan anjurkan... Setakat ini, ada 3 suggestion dari Customer dan juga idea dari kami iaitu :-

1. Hari Raya - Iaitu p'serta dikehendaki snap gambar dalam suasana hari raya, xkirala gambar itu berseorangan atau berkumpulan tapi tak melebihi 4orang..

2. Majlis berbuka puasa - Iaitu p'serta dihendaki snap gambar dalm suasana waktu berbuka puasa berserta dengan juadah kegemaran mereka...

3. Bergambar dengan barang kesayangan - Iaitu p'serta boleh bergambar mengikut style tersendiri bersama dengan barang kesayangan...


Kalau korang nak joint sila la.... Jika korang ada idea or suggestion bolehla bagitahu i ya....
Ok, otak dah blur, tak cukup tidur, lepas balik kerja ada meeting dengan partner untuk design skirt keluaran Dress Chantek... Skirt ini, dijangka akan dikeluarkan selepas raya.... Bila dan mcm mane design skirt itu, akan diketahui selepas meeting ... hehehehe, macam perasaan guna perkataan meetingkan.... hehehehe, pada hal bisness baru setahun jagung, guna perkataan meeting tu macam dah maju... Macam dah kemenara gading... Tak salahkan pasang angan2... Kerana angan2 boleh membakar semangat kitakan, betol tak... Doakan kami berjaya ya.... Tq dearies...

Khamis, 4 Ogos 2011

Semangat Raya dah datang...

Assalamualaikum....

Selamat tenghari semua.... Walaupun 3minggu lagi nak hari raya, saya berhati waja nak saji kan korang dengan lagu raya " Dendang Perantau " .... Jom layan...

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )

Hhehehehe...sedihkan, sambil2 "Hello, Irza menyusaun huruf....." menitis air mata, rindukan kampung halaman, walaupun baru je balik dari kampung..... Bersemangat waja nak bercerita pasal raya, walaupun baju raya belum ada... hehehehehe...

Raya kali ini, cukup bermakna kerana 1st time beraya bersama suami tersayang... Alhamdulillah, akhirnyer kami disatukan walapun dah 11 bulan 25 hari kami mendirikan rumahtangga dah " BASI " utk bercerita tentang perkahwinan, setelah 12 tahun bercinta... Macam2 ujian , dugaan melanda percintaan kami... Kami harungi dengan tabah dan sabar..... Sampai ke sini plak, dah lari dari tajuk entry... Opsss sori...

Ok, kita patah balik pada tajuk asal iaitu " Semangat Raya dah Datang ".... Tahun ini, lebih bermakna kerana semua adik beradik akan berkumpul, dapat beraya bersama2 lebih2 lagi ada anak buah tersayang...

Si abang Nifail Akram

Si adik Nabilah Afiqah...

*** Penyeri dalam keluarga Nek ma & tok abah...

Tok Abah & Nek Ma with menantu baru..

Macam2 plan dalam kepala otak saya utk hari raya ni, tak sabar rasa nak raya.... Raya ni mcm special sikit sebab saya ada 2 buah rumah untuk beraya, rumah ma dan rumah mertua, terlalu dekat rumah saya, jalan kaki tak sampai 5minit pun.... Malam raya surela kena ada kat rumah ma kan , tp kenapa???? sebab Ma itu Ibu awak ke, habis tu Mak mertua awak adalah ibu kepada suami awak, tak kira malam raya kena ada rumah mak saya... hahahhahaha... Terbawak dalam tidur bergaduh malam raya nak balik rumah siapa!!!!!!..... Apa2 pun, jangan pentingkan diri sendiri... Bila sudah kahwin, kita kena anggap ibu mertua mcam ibu kita.... Tidak boleh berbelah bagi.... Dia juga punyai perasaan macam ibu kita jugak....

Plan punyer plan, tiba2 tersentap.. Kenapa ya????? Tiba2 sedih menyelubungi diri, kerana tahun ini kami beraya tanpa seseorang..... Hampir lupa Pak Lang dah kahwin, tahun ni Pak Lang raya rumah Mertua kat Johor... Apakan daya, bila semua dah berumahtanga harus iku giliran... Apa2 pun, Mak Lang jaga Pak Lang baik2 ya.. Abg dan baby mesti tercari2, mana la Pak Lang ni.... Time tu mesti Nek Ma & Tok Abah meleleh air mata, bila abg & baby mencari serta sebut nama Pak Lang... Itu la kenyataan, Pak Lang dah jadi milik Mak Lang...

My Famly

Love Forever

Acu & Me with pengantin baru..



Jom Vote Si Cantik

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, korang puasa tak, saya tak puasa hahahahahaha, sebab nyer penyakit bulan dah datang.... Korang mesti puasakan!!!!.... Korang bangun sahur tak, saya tak bangun pun, xsedarkan diri, hehehehe sian My Husband, nasib baik dia xmarah.....

Ok, kita berbalik pada niat asal atau kembali pada tajuk entry iaitu "Jom Vote Si Cantik " iaitu Nisa join "CONTEST FASHIONISTA BY VANDESKEY PHOTOGRAPHY" ... Untuk menang dalam contest ni, sudah semestinyer kita kena LIKE gambar Nisa.... Ok, jom sama2 kita membantu Nisa dan tambah amalan dibulan puasa ni...

Macam nane nak LIKE?
Macam mane nak bantu Nisa ?
Macam mane nak tengok gambar Nisa join Contest tu ?
Cantik ke?
surela cantik.... :)


Ok, saya ajari korang semua...

STEP 1 : Like page Vandeskey Photography http://www.facebook.com/pages/Vandeskey-Photography/203249969714954

STEP 2: Like gambar aku dalam album CONTEST FASHIONISTA BY VANDESKEY PHOTOGRAPHY
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=224673054239312&set=a.223210757718875.56919.203249969714954&type=1


Okey itu aje yang korang perlu buat. Setiap LIKE yang korang sumbangkan hanya Allah s.w.t yang akan balas.
Bye bye Muuahh!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

Raya... Raya... Baju Raya....

Assalamualaikum......

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ & selamat menjalani ibadah puasa .. From : Irzainie。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。
✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。


Kita dah masuk bulan puasakan, tentu korang dah siap baju rayakan, tak pun dah ada baju raya tapi masih kat tukang jahit, bestnyer mesti tak sabar nak pergi ambil dan nak try kan.... Tapi, saya belum ada baju raya pun lagi.... Suka sangat lengah-lengahkan masa cari kain pasang untuk hantar kat tukang jahit.... Raya macam nak nangis je... My hubby suruh beli yang dah siap, tp saya tak suka la beli yang dah siap tak selesa bila dipakai, itu yang saya rasa, tp ada banyak yang selesa untuk dipakai, tp apakan dayakan, kalau nak beraya dengan baju baru, terpaksala beli yang dah siap... Korang baju warna apa ya, mesti cantikkan baju korang semua...

Tahun ini, tema raya saya 2 warna iaitu mustard with putih atau warna belacan...hehehehehehe...
Agak2 ada tak tukang jahir yang masih terima tempahan untuk baju raya.... Korang tahu tak, kat mane, tolong bagitahu saya....


Warna ni dah comfirm

Berbuka puasa...

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa ya semua... Kejap je rasa masa berlalukan, hari ni dah masuk hari yang ke-4 kita berpuasa... Hehehehehe... Cerita pasal puasa ni, saya cukup teruja kerana, ini kali pertama saya berpuasa disamping suami tersayang... Agak kekok sikit, ini kerana pengalaman berpuasa masa bujang dengan dah kahwin ni agak berbeza...
Masa bujang dulu, ikut suka hati je nak b'buka dengan apa, sekarang ni kenala fikir suamikan... dari pagi sampaila ke petang asyik duk fikir, apala nak masak utk juadah berbuka nati.... Al maklumla tak pandai masak...

Nak kongsi cerita semalam, memandangkan kami ni kerja kat Ampang rumah kat Selayang, mak aiii jauhnyer nak bertapak.... Terpaksala singgah bazar Ramdhan dulu, beli kuih muih.... Semalam agak tamak, ikut nafsu... banyak betul beli kuih, mcm nak makan 5 orang je....
Balik rumah terus masak nasi,waktu berbuak dah dekat, memang xsempatla nak makan nasi.... Bila dah azan, kami bbuka la, dulu dengan kuih muih... Air sirap 1 jug, air soya 1 jug, mcm 10 org nak minum... Air soya, jiran bagi....Alhamdulillah, kiuh muih habis jgk, sebab kelaparan dan tak sahur serta tak nak membazir... Dah siap makan, sambung masak nasi n lauk pauk, My Hubby mandi n solat magrib, bila dia siap mandi n solat, dia sambung kerja saya.... Saya plak pergi mandi....Isyak baru dapat makan...
Alhamdulillah...kenyang...

Buah melaka..

agar2 kastard....

cempedak goreng

bubur jagung...