Tips

Assalamualaikum yunk :)

Selamat Pagi semua.... Hari ni, merupakan hari yang ke-23 kita menjalani ibadah puasa kan.... Cepat betol masa berlalu, rasa mcm xsabar plak nak balik kg... Oooopppppssss!!!!! Bukan nak bcerita pasal puasa or balik kampung tapi, i nak share 1 tips berguna untuk kawan2 .... Iaitu :-

Tips Elak Sakit Belakang


Kalau kita duduk terlalu lama di atas kerusi time tgh study, tgh bekerja atau menghadap komputer, tgh shopping online, tgh update blog or main games, kita berisiko dapat sakit kat bahagian belakang. Kalau dah sakit belakang, kerja yang tgh kita lakukan dan minda kita akan terganggu, emosi tak stabil kan, betol tak?????.

Oleh itu, mari kita cuba tips nie..
Kalau ada mesin urut kat rumah tu, gunakanlah. Buat apa beli mahal2 kalau simpan je. Jika belum beli, lebih baik duit tu kita simpan, untuk simpanan hari tua... Cuba kita amalkan tips dibawah ini :)

  1. Letakkan kaki di atas lantai dengan kedudukan mendatar. Usaha untuk selesakan keadaan tubuh.
  2. Letakkan sebiji bantal kat bahagian belakang korang time tgh duduk kat kerusi untuk menyokong bahagian belakang korang.
  3. Samakan kedudukan skrin komputer selaras dengan mata. Nanti tak de la kita asyik terdongak je time menghadap komputer, ya tak??
  4. Patikan posisi dan kedudukan badan dalam keadaan tegak.
  5. Elakkan menyandar ke arah meja ketika bekerja atau study. Ini boleh membuatkan badan kita membongkok dan akan memburukkan lagi sakit belakang tu.
Selamat mencuba ya ....

Assalamualaikum lalink semua ....

Petua Hilangkan Jeragat

Fashion baju, perrghhhh mengalahkan artis, woooowwww cantiknyer terpegun sambil2 mata terkebil2 siapa memandang cara pemakaian shawl, make up mak aiiiiii cantiknyer... Oppsss, tapi kenapa ada jeragat???????....huhuhu....
Semua dah perfect, tapi tang2 jeragat tu semuanyer hancur... Mesti ramai yang tak selesa dengan kewujudan JERAGAT kat muka kan, ada yang terasa rendah diri, ada yang malu nak bergaul dengan orang ramai dek kerana jeragat kan.... Ok, i nak kongsi petua secara tradisional untuk hilangkan jeragat... Kalau korang dah, habis beratus2 pulus untuk hilangkan jeragat, namun jeragat masih berdengkil bertepek kat muka korang, jom cuba petua ni, tak salahkan cuba... Tak cuba , kita tak tahu hasilkan... tapi 1 je i nak cakap, kalau korang cuba  sekali je terus nak nampak hasil yang dapat memuaskan hati korang, i mintak maaf kerana petua ini mengambil masa dan juga korang kena selalu amalkan sekurang2nya seminggu 2x dan amalkan secara berterusan, INSYALLAH korang akan dapat melihat hasil yang cukup...cukup....woooooooooowwww menakjubkan....huhuhu...Jom baca petua kat bawah :-

Untuk mengatasinya...ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air..agar menjadi satu sebatian...Sapukan pada muka yang bermasalah selama 15 minit...Kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan beberapa kali untuk beberapa hari. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah...
*** Yang penting, sebelum sapu kat muka sila berselawat, kerana kita hanya berusaha, allah s..w.t yang akan memperkenankan niat kita....

Assalamualaikum dearies.....
Tips memilih warna mengikut warna kulit

Penjam celik, penjam celik dah penghujung bulan July kan, beberapa hari lagi dah nak puasa and than raya.... Korang dah ada baju raya ke, tema raya tahun warna apa ya... ?????????
Saya belum ada baju raya lagi, warna pun tak tahu lagi... Tahun ni, first time berpuasa dan beraya bersama suami tersayang... hehehehehhe... Saya agak pening memikirkan warna apa yang sesuai utk diri saya...

Ok, saya ada sedikit info yang nak saya share dengan korang semua... Jom tengok tips dibawah ...



Kulit Putih :sangat sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai......
 
Kulit Kuning Langsat : lebih cantik mengenakan warna-warna tropika (jingga, hijau, merah, kuning dan biru) merupakan pilihan yang terbaik.

Kulit Sawo Matang : jangan ragu untuk memilih warna ungu dan maroon agar anda terlihat lebih menarik.

 Kulit gelap Eskotik :sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut.


Tips Lembapkan Kulit muka yang kering

assalamualaikum girls...

Kali ini saya nak share sikit pasal kulit kering... Macammane nak lembabkan kulit yang kering dengan mudah sekali...
Kulit muka saya tak tahulah jenis apa??????? :)..sebab dia ikut suke hati and ikut mood dia je..kadang-kadang kering, kadang-kadang normal, kadang-kadang berminyak, ikut musim hehehehhehe...tapi yang ketara berminyaklah...

Time  muka saya kering sikit di bahagian bawah bibir and tepi pipi.. memang tak selesalah and xsenang duduk dibuatnye, nak keluar dating bersama husband pom tak selesa..
Ok, jom baca kat bawah ni, utk kita baca dan amalkan ....hehehehe..


Apa yang diperlukan guna madu and limau nipis sahaja..

Khasiat madu untuk kulit wajah :
Untuk hilangkan jerawat..menghalus,menegang,melembab,melicin dan melembutkan kulit,

Khasiat limau nipis :
untuk hilangkan jerawat/parut/bintik hitam dan putih, menegang dan mengecutkan jerawat serta mencerahkan kulit muka

Lepas tu kita gabungkan dua sekali.. Kuantiti yang diperlukan xbanyak, cukup untuk muka kita je.... 
Bila dah campurkan kedua2 bahan tadi, sapukan kat muka...
Biarkan selama 15-20minit...
Bila dah kering basuh dengan air suam...
Biarkan air kat muka itu kering dengan sendiri tanpa dilap dengan apa2 pun.
Ok, lepas dah kering, cuba pengang muka korang, mesti terasa lembab dan lembut... mesti rasa tenggang sikit kan... untuk mendapat hasil yang bagus, amalkan selalu...ok tq..




Asslamualaikum.....

Tips badan panas dan kulit muka berminyak

  Jangan lupa ya, hari ini puasa, korang jangan curi2 makan ya, opssss sori gurau je.... hehehehe..

Ok, hari ni saya nak share dengan korang tips untuk badan panas serta muka yang berminyak....


Masa sekolah dulu, saya selalu tertanya-tanya kenapa oarang cina selalu bawa air masak dalam botol, ada yang bawa dalam botol yang besar... Saya tak suka minum air masak, kerana saya akan kerap ke tandas....Itu masalah orang kita kan... Kalau kita perhatikan, memang susah nak nampak orang melayu usung air mineral sperti orang cina, kalau ada pun 25%-30% je itu pun, botol yang kecik2 je... Ok, jom baca info di bawah...

Khasiat air masak/air putih.

1. Menguruskan badan
berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

9. Muka less berminyak
Air putih boleh menyejukkan badan, kalau badan kita panas, ini akan menyebabkan muka kita akan berminyak


Jom follow saya usung botol mineral.... Opppssss maaf ya, sekarang bulan puasa, korang tak boleh usung botol air mineral yang ada air, tp usung botol sahaja bolehla...hehehehehe...
SELAMAT BERPUASA SEMUA...