Ahad, 7 Ogos 2011

Apa nak jadi...MERCUN!!!!!! MERCUN !!!!!

Assalamualaikum...

Selamat malam korang.... mcm mane dengan puasa, harap2 puasa korang tahun ni lebih bermakna dari puasa tahun2 lepas...

Sekarang mood geram, sakit hati, bernanah dalam hati, perasaan macam nak kuar rumah nak pergi tumbuk je kat muka, tak faham bahasa, tak de otak, tak waras, kalau aku tumbuk mesti pecah muka ko..... poyo je, macamla berani nak kuar tumbuk muka budak2 tu, belum sempat aku nak tumbuk muko diorang, mercun dah kat depan muka aku, tak ke nanye aku...

Kalau mak ayah ko tahu, mesti diorang marah kat ko, ni mesti mak ayah ko tak tahu kan...

Korang nak tahu kenapa MOOD, i tak stabil???? Apa lagi, geram dengan budak2 tepi, depan dan belakang rumah i ni... Orang duk sibuk sembahyang terawih, dia duk sibuk dang doom, dang doom, duk main MERCUN..

Walaupun dah ada orang yang putus jari ekorang main MERCUN, diorang tak endah pun semua tu, tak ambil iktibar langsung... Dah la tak pergi terawih satu hal, pastu pulak duk main mercun time orang solat terawih... Betol2 tak fahamla.....

I dah rasa cam duk dlm negara yg tengah b'perang pun ada gak..Belum kena lagi main la sampai puas ..Esok2 dah tak de tangan,barula ko nak insaf... Menangis keluar air mata darah sekali pun dah tak guna...



KOTA BHARU: Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.


NASRUDIN yang cedera tangan kiri akibat terkena mercun dirawat di HRPZ II, Kota Bharu semalam. | foto Kosmo!
Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.

Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.

"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.

"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.

Kredit by Warkah Daily

Tiada ulasan: