Selasa, 21 Disember 2010

Anggun serta bergaya bermula dr Sistem dalamam yang sihat..


..++..
..+..
..++..
..+..
..++..
..+..
..++..
..+..
..++..
..+..
..++..
..+..
P/S : ***** Fakta dibawah ni xde hubung kait dgn pic saya kat atas, sekadar suka2 je letak pic
saya tu, letak nak bg menyemak blog ni je... hehehe *****

Anggun bermula dari sistem dalaman yang sihat

Penampilan anggun dan bergaya bermula dari tubuh badan yang sihat. Sistem dalaman yang sihat akan terserlah di wajah. Mata yang jernih, pipi dan bibir merah bak delima merkah. Tubuh badan yang langsing dan menawan. Ditambah pula dengan pakaian yang bersih, cantik dan mengikut trend semasa. Amalkan cara hidup sihat. Makan makanan yang bersih dan halal. Lakukan senaman atau sesekali beriadah bersama keluarga. Jalan selama 30 minit sehari atau lakukan senaman selama 15 minit sudah cukup untuk menyihatkan tubuh. Makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadikan amalan ini untuk mengekalkan tubuh badan sentiasa sihat. Amalan ini juga dapat mengelakkan berbagai jenis penyakit. Pasti impian untuk menjadi langsing dan sihat akan menjadi kenyataan.
Pilih sayur-sayuran hijau sebagai makanan utama dalam diet harian. Lebih elok mengambil ayam atau ikan dan kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah akan mengambil masa untuk dihadamkan berbanding dengan ayam atau ikan. Lebihkan serat dalam menu makanan harian. Minum air putih sebanyak mungkin. Amalan ini akan memudahkan sistem pencernaan. Malah tubuh akan menjadi sihat, langsing dan dapat mengelakkan berbagai penyakit.
Tip Pemakanan yang sihat
Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran kerana ia mengandungi air yang tinggi dan serat, vitamin dan mineral.
Lebih elok mengambil sayuran mentah seperti ulam-ulaman.
Elakkan mengambil kulit ayam kerana mengandungi kadar kolestrol yang tinggi.
Ayam dan ikan lebih elok berbanding daging merah.
Banyakkan minum air kosong atau air mineral.
Akhir sekali elakkan tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol
Jamu - Jadikan ianya sebagai makanan kesihatan tambahan anda agar tubuh badan kekal sihat, bertenaga, langsing dan bergaya walaupun setelah seharian bekerja.
Jamu adalah antara makanan kesihatan tambahan yang banyak memberi khasiat kepada tubuh badan. Jamu telah di gunakan sejak berzaman lagi. Memang tidak dapat dinafikan lagi khasiatnya. Pengambilan jamu adalah rahsia bagi orang-orang melayu dahulu kala untuk mengekalkan tenaga dan mengekalkan kesihatan agar tubuh tetap bertenaga walaupun mereka bekerja keras seharian. Pengambilan jamu juga membantu melangsingkan tubuh dan adalah cara mereka mengekalkan wajah dan tubuh agar sentiasa berseri dan awet muda.
Jamu juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pengambilan jamu dapat memulihkan tenaga setelah seharian bekerja. Malah kandungan herba dapat menambah tenaga dan dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Info tambahan
Produk jamu dari "
Jamu Mak Dara" adalah produk jamu yang paling popular di masa ini. Produk "Jamu Mak Dara" sangat berkesan dan mampu membantu hasrat dan impian agar tubuh badan sihat, langsing dan bergaya. Dengan pengambilan "Jamu Mak Dara" mampu memikat hati suami dan siapa sahaja yang memandang.
Produk dari "Jamu Mak Dara" adalah ramuan herba sezaman yang telah di olah secara moden agar mudah diambil. Produk "Jamu Mak Dara" mudah disediakan, campurkan bersama air panas suam dan sedia untuk di minum. "Jamu Mak Dara" juga ada menyediakan jamu kapsul yang mudah diambil, malah mudah dibawa kemana sahaja.
Produk "Jamu Mak Dara" juga menawarkan produk jamu khusus untuk anak gadis. Produk "Jamu Al-Mira" yang memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada gadis untuk mengekalkan kesihatan luar dan dalam. Anak gadis di galakkan mengambil jamu lebih awal bermula dari umur 15 tahun agar tubuh badan sihat, langsing dan awet muda.
Produk "Jamu Mak Dara" memberi banyak khasiat kepada tubuh badan dan dapat menyelesaikan masalah-masalah wanita.
Khasiat "Jamu Mak Dara"
Menyuburkan rahim
Mengatasi masalah keputihan
Merapatkan faraj
Menambah nafsu syahwat
Memberi tenaga
Membuang toksik dalam badan
Memperbaiki sistem kitaran haid
Membakar lemak berlebihan
Membuang angin
Mengurangkan masalah bau badan
Mengatasi masalah kemaluan berbau
Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Mengurangkan lemah tubuh terutama selepas bersalin.
Jadikan pengambilan "Jamu Mak Dara" antara amalan rutin harian anda. Minum "Jamu Mak Dara" setiap pagi dan setiap malam sebelum makan. Pasti tubuh badan akan sihat, bertenaga dan ceria sepanjang hari.
Cara penggunaan
Campurkan 1 camca "Jamu Mak Dara" dengan secawan air panas suam. Kacau rata dan minum perlahan-lahan.
"Jamu Mak Dara" akan memudahkan sistem pencernaan, membakar lemak yang berlebihan dan membuang angin dalam badan. Pengambilan "Jamu Mak Dara " juga dapat membuang toksid di dalam badan dan dapat mengelakkan penyakit. Tubuh badan yang sihat akan terserlah di wajah dan hidup akan ceria sepanjang hari.
Penjagaan muka di rumah
Menjaga dan memanjakan wajah memang menjadi rutin wanita agar wajah kekal anggun walaupun umur telah meningkat ke angka 30an atau 40an. Selain itu menjaga dan memanjakan wajah juga bertujuan untuk mengekalkan kesegaran serta kelihatan muda.
Bagi wanita yang ingin mempunyai wajah segar, anggun dan kelihatan muda, tidak perlu berbelanja lebih untuk ke salon-salon. Jimatkan wang dan masa dengan melakukan rawatan sendiri di rumah.
Khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian mampu membantu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk tampil cantik dan menarik.
Bagi mendapatkan kulit muka yang halus ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini berfungsi untuk membersihkan kulit. Asam jawa juga boleh membantu menghaluskan kulit. Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi sehingga agak pekat dan sebati. Pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Bagi menegangkan kulit wajah. Ambil sedikit tepung ubi kayu dan timun yang telah dihancur lumat. Kemudian campurkan sedikit air sehingga agak pekat. Pupurkan pada muka dan biarkan sehingga ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
Bagi menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Kemudian pupurkan ke muka sehingga kering, Selain itu boleh juga gunakan kulit kayu manis. Tumbukkan kayu manis sehingga halus dan campurkan dengan bedak sejuk. Pupurkan ke muka sehingga ia kering. Amalkan selalu, insyaallah berkesan untuk menghilangkan jerawat dan kesan-kesan jerawat.
Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bershkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak. Selepas itu campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.
Bagi melicinkan kulit pula, parutkan epal dan tomato yang cukup masak. Kemudian gosokkan bahan tadi ke muka secara perlahan-lahan. Kulit wajah akan licin dan parut akan hilang hasil dari gelatin pada pada tomato itu tadi. Selain itu susu segar bukan sahaja bagus untuk diminum. Ambil segelas susu segar dan sapukan pada muka sehingga rata dan melekit. Biarkan kering sebelum dibasuh dengan air bersih. Susu segar membantu melicinkan kulit. Amalkan selalu.
Info tambahan
Produk "Jamu Mak Dara" ada menyediakan Bedak Sejuk yang juga mudah digunakan. Ambil sedikit Bedak sejuk produk "Jamu Mak Dara" campurkan sedikit air. Pupurkan ke muka dan biarkan ia sehingga kering. Seeloknya biarkan seketika agar ianya dapat meresap ke dalam kulit. Bedak sejuk produk "Jamu Mak Dara" akan melicinkan kulit dan mengelakkan kulit dari berkedut. Amalkan selalu , disamping meminum jamu produk "Jamu Mak Dara" berserta penggunaan Bedak sejuk produk "Jamu Mak Dara" wajah akan bersih, licin dan awet muda.

Cara mengelakkan kulit berkedut
Gunakan pencuci muka daripada produk buah-buahan. Elakkan dari pencuci muka yang mengandungi bahan kimia yang akan mengakibatkan kulit kering. Cuci muka sambil mengurut-mengurut muka.
Gunakan pelembab muka setiap kali selepas mencuci muka
Lindungi kulit dengan krim sinar matahari
Elakkan dari penurunan berat badan secara mendadak. Penurunan berat badan secara mendadak akan mengakibatkan selulit.
Akhir sekali minum air sebanyak mungkin untuk memastikan badan kekal hidrat.
**** Petikan ini di ambil dr http://anggun-bergaya.blogspot.com/2010/01/anggun-bergaya.html utk di kongsi bersama...****

Tiada ulasan: