KHASIAT SURAH AL WAQIAH...
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain: * Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. * Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. * Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. * Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. * Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil. * Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
1) Re: KHASIAT SURAH AL WAQIAH
Oleh: piqiues on 31 August, 2009, 07:01:35 PM
salam,boleh tak penulis nyatakan status riwayat hadis2 tetang kelebihan surah ini. bukan apa saya takut nantikan disebarkan hadis yang tidak sahih/ terlalu da'if/ palsu.untuk mengelakkan kita melakukan pendustaan terhadap nabi saw dan akibatnya sangat buruk iaitu menempah neraka sebagaimana sabda nabi saw : sesiapa yang melakukan pendustaan atas namaku, maka persiapkan tempat tinggalnya di neraka ( sahih riwayat imam al-bukhari dan muslim)pohon kemaafan sekiranya tidak menyenangkan hati. semoga Allah merahmati kita semua.
Oleh: nilabiru on 01 September, 2009, 11:57:42 AM
Terima kasih kepada piqiues di atas komen diatas.Surah Al Waqiah memang terkenal dengan khasiatnya dan hadis mengenainya adalah sahih.Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.Rasulullah bersabda:Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.Artinya:“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Oleh: nilabiru on 01 September, 2009, 12:15:17 PM
saya ada kisah di sebalik khasiat surah Al Waqiah iaitu peristiwa yang berlaku ke atas suami sepupu saya.pada suatu pagi selepas solat subuh beliau didatangi oleh org tua berjubah putih lalu memberitahu "wahai cucu, amal lah surah Al Waqiah.."..selepas itu orang tua tersebut terus ghaib dari pandangan..lalu beliau beramalah akan surah Al Waqiah dan sekarang beliau di berikan kesenangan oleh Allah walaupun hanya kerja kilang, isteri tidak bekerja, anak 4 orang masih kecil..beliau mampu membeli rumah, kereta dan tanah 4 ekar di kampung..sekarang saya cuba beramal dengan surah ini dan Alhamdulillah saya sudah mampu mengingati surah Al Waqiah dari ayat satu hingga akhir.
Oleh: mualli on 08 February, 2010, 01:41:41 AM
jadikanlah surah Waqiah ini sebagai amalan.... dijauhi dari kefakiran....tak panjang pun...di samping itu jika fahami betul2 maksud surah ini..hmmm...lagi la bagus....
***** Selain itu....
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.
3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.
Sedikit tambahan info ;Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan